Friday, December 19, 2014

Makanan yang perlu dielak semasa hamil

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

·      1. Steamboat yang tidak masak sepenuhnya

        Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

·    2. Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat 


        Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu sejenis bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

      3. Daging/telur mentah atau kurang masak


       Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 

·         4. Makanan laut mentah 


        Elakkan memakan makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

     5. Ikan jerung/todak/tuna

    Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat.Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.

·         6. Hati dan produk hati (pate, sosej hati)

       Bahan ini mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

·     7. Kafein

·         Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.


Pemakanan Sihat Bagi Ibu Hamil

Berita kehamilan pastinya amat mengujakan bagi bakal ibu. Lebih-lebih lagi bagi kandungan yang pertama. Banyak perkara yang bakal berubah dan perlu diambil berat oleh bakal ibu. Antaranya adalah pola pemakanan. Bakal ibu harus makan secara sihat demi memastikan diri dan juga bayi dalam kandungan mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:

1. Buah-buahan dan sayur-sayuran 




        Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari.

       2.  Makanan berkanji
       Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
  
     3. Makanan yang kaya dengan protein


     Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.

       4. Produk tenusu

       Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.